Wednesday 11 May 2011

Kelebihan Kolej Unikop Cawangan Melaka...

Kolej Unikop Cawangan Melaka merupakan sebuah pusat latihan Kemahiran (Pusat Bertauliah) yang telah beroperasi sejak tahun 2002. Dari apa yang saya tahu...Kolej Unikop memang mementingkan kualiti dari segi pengajaran, penilaian, mutu tenaga pengajar, pentadbiran serta keperluan pelajar...

Kolej Unikop Cawangan Melaka telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan ini terbukti daripada penilaian yang dibuat oleh Pegawai Pengesah Luaran serta pegawai-pegawai JPK yang membuat lawatan audit di sini.

Biarpun hanya berstatus Pusat Latihan Kemahiran tetapi dari segi prasarana yang disediakan oleh Kolej Unikop melebihi dari standard yang sepatutnya. Ianya terdiri daripada bangunan kedai 4 blok dalam satu kawasan yang dikelilingi oleh pagar dan dikawal oleh pengawal keselamatan. Semuanya dalam satu premis...iaitu pejabat pentadbiran, dewan pelajar ( 250 orang) , surau (150 orang) , bilik rehat/bilik tv, asrama siswa dan siswi, tempat permainan, bengkel dan bilik kuliah.

Kolej Unikop Cawangan Melaka yang merupakan anak syarikat Koperasi Polis terbuka untuk semua orang ...semua bangsa dan agama yang penting ada kad pengenalan - anak Malaysia. Anak-anak ahli koperasi polis diberi kelebihan dari diskaun asrama sebanyak 50%.  Kolej Unikop Cawangan Melaka memang mempunyai perhubungan yang kukukh dengan masyarakat disekelilingnya samaada penduduk Taman Bukit Cheng, kg Cheng, LKPI - Lembaga Kebajikan Perempuan Isalam Cheng , Balai Polis Tanjung Minyak, Sahabat Belia Negeri Melaka dll...


Kolej Unikop Cawangan Melaka  terletak dilokasi yang strategik...Kolej dalam taman... yang mana berhampiran dengan banyak kedai makan, pejabat pos, klinik kesihatan awam dan swasta, bank2 seperti CIMB, Maybank, Alliance Bank, BSN , Muamalat , kedai runcit, CyberCafe dll...


 Kolej Unikop Cawangan Melaka merupakan pusat latihan kemahiran tidak lupa menerapkan modal insan dan jati diri kepada pelajar melalui pelbagai program aktiviti yang diadakan samaada dalam aktiviti kokurikulum, riadah, sukan dan keagamaan.... tak rugi anda belajar di sini...

Macam..macam lagi keistimewaan kat sini...nak tahu meh datang sendiri jengok Kolej Unikop Cawangan Melaka di taman bukit Cheng Melaka........

No comments:

Post a Comment