Monday 25 July 2011

Program-Program SKM Di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Jom tengok dan jenguk program-program yang ada ditawarkan di Pusat Bertauliah Kolej Unikop Cawangan Melaka ( No Pusat L00880) lokasinya terletak di Taman Bukit Cheng Melaka

1. Mekanik PenyejukBekuan dan Penyamanan Udara (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)
2. Mekanik Kenderaan Motor (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)
3. Juruelektrik (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)
4. Pembuat Pakaian Wanita (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)
5. Juruteknik Sistem Komputer (SKM Tahap 2 & Tahap 3 -  Tempoh 1 Tahun)
   

1. Mekanik PenyejukBekuan dan Penyamanan Udara (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)


Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara kepada setiap personel dan juga lepasan sekolah yang berminat dalam bidang ini. Setelah menamatkan kursus dengan jayanya para graduan yang berjaya akan membolehkan mereka mencapai cita-cita sebagai peniaga/ usahawan,pekerja mahir,penyelia,juruteknik yang berjaya dan juga mengikut kehendak kerajaan dalam membantu menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Persijilan :
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2

Modul Latihan
      *   Belajar ciri-ciri keselamatan dalam industri semasa bekerja.
  • Belajar mengenali alatan pengukuran dan alatan kerja tangan serta fungsinya.
  • Belajar teknik asas lukisan kejuruteraan serta simbol dalam pemaipan dan elektrikal
  • Belajar membuat sistem penyambungan pemaipan pvc dan galvani dalam membuat bebenang luar dan bebenang dalam.
  • Belajar membuat asas kimpalan arka dan gas serta pemotongan besi menggunakan api
  • Belajar memasang unit penyamanan udara bagi rumah dan pejabat
  • Belajar asas elektrik 1 fasa untuk pendawaian rumah dan pejabat
  • Baik pulih sistem penyejukan dan penyamanan udara
  • Belajar membaiki peti ais rumah
  • Belajar mengenai penyelenggaraan setor dan inventori

Potensi Bidang Perniagaan / Kerjaya / Menyambung Pelajaran
  • Boleh menjadi juruteknik industri atau bangunan  dalam sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara
  • Boleh menjadi plumbing atau tukang paip
  • Boleh menjadi Quality Control(QC) dalam industri
  • Boleh menjadi pengusaha membaiki air cond dan peti sejuk
  • Boleh menjadi pengedar unit air cond dan peti sejuk.
  • Boleh menjadi kontraktor dalam bidang tersebut
  • Boleh menyambung bidang pengajian ke Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) di Adtec Shah Alam dan juga Diploma of Engineering di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UNIKL MFI) Bangi Selangor.

2. Mekanik Kenderaan Motor (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)

OBJEKTIF kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dalam bidang automotif kepada setiap personel yang berminat di dalam bidang ini. Mewujudkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berkemahiran dalam bidang automotif untuk memenuhi kehendak industri..Setelah menamatkan kursus dengan jayanya akan membolehkan mereka mencapai cita-cita sebagai peniaga/usahawan yang berjaya ataupun menjadi pekerja mahir dan penyelia mengikut kemahiran.


MODUL LATIHAN PEMBELAJARAN TAHAP 1 & 2:
-          Melakukan Penyelenggaraan Dan Pengujian Di Atas Jalan Pada Kenderaan.
-          Menservis Sistem Karburetor.
-          Menservis Sistem Bahan Api Diesel.
-          Menservis Sistem Elektrik Kenderaan.
-          Melakukan Baik Pulih Enjin.
-          Menservis Sistem Pancitan Bahan Api Elektronik. [ EFI – Electronic Fuel Injection ]
-          Membaik Pulih Sistem Klac. [ Clutch System ]
-          Membaik Pulih Sistem Penghantaran Kuasa Biasa. [ Manual Transmission ]
-          Membaik Pulih Sistem Penghantaran Kuasa Automatik. [ Automatic Transmission ]
-          Membaik Pulih Sistem Brek. [ Brake System ]
-          Membaik Pulih Sistem Stereng. [ Steering System ]
-          Membaik Pulih Sistem Gantungan. [ Suspension System ]
-          Menservis Sistem Penyaman Udara Kenderaan.

POTENSI BIDANG PERNIAGAAN / KERJAYA/PENDIDIKAN
-          Pengusaha membaiki kereta serba lengkap dalam bidang baik pulih kereta.
-          Pengusaha bengkel menukar tayar,penjajaran roda [ wheel alignment ], pengimbang roda     [ wheel
            balancer ] dan servis bateri.
-          Pengusaha bengkel baik pulih sistem penyaman udara kereta.
-          Pengusaha bengkel “servicing” dan “engine tuning” pada enjin petrol.
-          Pengusaha bengkel pendawaian elektrik kereta.
-          Bekerja di industri awam sebagai pekerja mahir dan penyelia mengikut kemahiran.
-          Boleh melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di institusi awam atau swasta seperti di ADTEC, IKM dan lain-lain.

 3. Juruelektrik (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)


Objektif Latihan
  • Mengeluarkan tenaga mahir yang berpengetahuan di bidang Juruelektrik.
  • Memberi pendedahan pengkhususan Juruelektrik serta kemahiran sepenuhnya.
  • Memenuhi permintaan ramai pihak samaada Kerajaan, Industri dan Swasta.
  • Dapat melahirkan usahawan atau kontraktor di bidang Elektrik khususnya.


Modul Tahap 1  & Tahap 2 ( Satu Fasa & Tiga Fasa)

·  Keselamatan & Pertolongan Cemas
·  Asas Elektrik
·  Peralatan Pengukuran & Perlindungan
·  Pendawaian Domestik & Industri
·  Turutan Pengujian Elektrik
·  Mengesan & Membaikpulih kerosakan  
·  Penyelenggaraan Elektrik
·  Lukisan Kejuruteraan & Elektrik

4. Pembuat Pakaian Wanita (SKM Tahap 1 & Tahap 2 -  Tempoh 1 Tahun)

 Objektif Kursus
  • Memberi latihan intensif dalam bidang pembuatan pakaian wanita.
  • Melahirkan pelatih yang berkeyakinan dan berkebolehan dalam industri pembuatan pakaian.
  • Menyediakan keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor-sektor awam dan swasta.
  • Membimbing pelatih untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan.
  • Meningkatkan taraf hidup dan menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan yang tinggi.
Modul Tahap 1

1. Jahitan Asas
2. Rekaan Fesyen
3. Skirt
4. Blaus
5. Sepasang Kurung Moden
6. Sepasang Kurung Tradisional
7. Seluar Slek
8. Gaun Kanak-kanak
9. Baikpulih Pakaian
10. Seni Sulaman

Modul Tahap 2
1. Rekaan Fesyen
2. Gred Pola
3. Jubah
4. Jumpsuit
5. Samfoo
6. Cheongsam
7. Sepasang Kebaya
8. Sepasang Kurung Kedah
9. Gaun Malam
10. Vest
11. Jaket
12. Culotte

5. Juruteknik Sistem Komputer (SKM Tahap 2 & Tahap 3 -  Tempoh 1 Tahun)

Objektif
Objektif pusat ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer kepada setiap belia yang berminat di dalam bidang ini. Setelah menamatkan kursus yang dipilih dengan jayanya akan membolehkan mereka mencapai cita-cita sebagai peniaga/usahawan yang berjaya ataupun menjadi pekerja mahir, Penyelia dan Pengurus mengikut kemahiran.

  
Kandungan Kursus
Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosan imej, pembangunan dan pengenalan dan pengelasan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaik pulih dan mengenalpasti permasalahan berkaitan perisian, perkakasan, sistem dan rangkaian komputer.

Silibus Kursus / Modul latihan
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
 Modul 1 - Hardware Installation
 Modul 2 - Software installation
 Modul 3 - Hardware Upgrade
 Modul 4 - Software Upgrade
 Modul 5 - Hardware Maintenance (Preventive)
 Modul 6 - Software Maintenance (Preventive)
 Modul 7 - Hardware Maintenance (Corrective)
 Modul 8 – Network Installation / Connectivity

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
 Modul 1 - Department Policy
 Modul 2 - Site Preparation
 Modul 3 - Operationg System Configuration
 Modul 4 - Computer Networking
 Modul 5 - Monitoring Hardware & Software Component
 Modul 6 - On-Line Support Service
 Modul 7 - On-Site Support Service
 Modul 8 - Staff performance
 Modul 9 – Contigency Measures

Kemudahan Latihan
 • Internet
• Makmal Penyelenggaraan Komputer dan Rangkaian

Kerjaya
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti menyelenggara komputer, membangunkan rangkaian komputer, penghasilan Imej dan pemprosesan perkataan. Selari dengan perkembangan Multimedia Super Corridor (MSC) pelatih dalam bidang ini tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang baik sejajar dengan pembangunan peranti-peranti terkini dan pembangunan perisian. Peringkat tertinggi dalam bidang ini pelatih boleh menjadi seorang arkitek komputer.

No comments:

Post a Comment